Fujifilm X-S1 Dengan Sokongan Zoom Optikal Sehingga 26x Di Malaysia Pada Harga RM2988

Fujifilm X-S1 Dengan Sokongan Zoom Optikal Sehingga 26x Di Malaysia Pada Harga RM2988

Diterbitkan pada Jan 28, 2012 oleh .

Pada tahun lepas, Fujifilm telah pun melancarkan kamera siri-X terbaru mereka, iaitu Fujifilm X-S1, dan kini nampaknya kamera tersebut telah pun mula didapati di pasaran tempatan pada harga sekitar RM2988. Melalui Fujifilm X-S1, ia membawakan beberapa perkara menariknya, menjadikan dunia fotografi lebih menarik lagi.

Antaranya termasuklah 12-megapixel EXR CMOS Sensor padanya, dengan keupayaan zoom secara manual sehingga 26x serta rakaman 10fps. Ia juga membawakan skrin paparan sebesar 3-inci yang boleh diselaraskan. Sama seperti beberapa kamera terkini, ia turut membawakan sokongan rakaman HD penuh, dengan sokongan penstabilan rakaman imej optikal.

Tambahan, ia turut membawakan sokongan makro 1cm, serta membolehkan anda menghubungkannya melalui sokongan USB 2.0 dan juga HDMI.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM2988 daripada pengedar kamera Fujifilm seluruh negara.


TIPS & ULASAN