#Tips : Memainkan Permainan Klasik (DOS) Pada OS X Dengan Mudah

#Tips : Memainkan Permainan Klasik (DOS) Pada OS X Dengan Mudah

Diterbitkan pada Jan 28, 2012 oleh .

Selain daripada bermain permainan pada Facebok, bagi kami, bermain permainan klassik, ataupun permainan DOS lebih menarik lagi, disamping dapat menghilangkan kebosanan ketika berbuat kerja, tanpa sebarang penggunaan kuasa pemprosesan yang tinggi. Pada Windows ia boleh dimainkan dengan mudah, dan pada OS X, ia boleh dicapai dengan pantas menggunakan aplikasi dinamakan Boxer.

Melalui aplikasi Boxer, ia memudahkan anda memainkan permainan MS-DOS dengan senang, dimana anda hanya perlu tarik-dan-lepas (drag-drop) sahaja folder ataupun permainan tersebut pada aplikasi Boxer, dan ianya boleh dimainkan dengan serta-merta.

Ia juga menyediakan antaramuka yang menarik, selain turut menyusun permainan dalam bentuk yang menarik, memudahkan anda memainkan sesuatu permainan pada masa seterusnya dengan senang.

Melalui percubaan ringkas kami, aplikasi tersebut, ia bergerak lancar tanpa sebarang masalah, dan tidak menggunakan sebarang kuasa pemprosesan yang tinggi, membolehkan kami menjalankan pelbagai aplikasi pada waktu yang sama.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Boxer secara percuma, dan menggunakannya pada OS X anda. Selain daripada itu, sekiranya anda inginkan sebarang permainan DOS dan juga permainan klasik secara percuma, mungkin anda boleh layari laman DOS Games Archive hari ini.


TIPS & ULASAN