Adobe Mula Menunjukkan Photoshop CS6 Beraksi – Membawakan Warna Latar Gelap

Adobe Mula Menunjukkan Photoshop CS6 Beraksi – Membawakan Warna Latar Gelap

Diterbitkan pada Jan 29, 2012 oleh .

Adobe Photoshop merupakan salah satu perisian dan aplikasi yang dinantikan ramai pengguna, dan kini Adobe telah pun mengeluarkan video promosi pertama untuk Adobe Photoshop CS6, yang memperlihatkan beberapa perkara asas pada Photoshop CS6 kelak, dimana salah satu perubahan yang nampak jelas padanya adalah warna latar yang kini diubah kepada warna hitam.

Walaubagaimanapun, para pengguna sendiri boleh menetapkan warna latar untuk tetingkap mereka, inginkan warna gelap ataupun cerah. Untuk kerja-kerja berkaitan dengan gambar, semestinya warna gelap memberikan impak yang lebih meluas, serta memberikan fokus menyeluruh kepada sesuatu gambar itu.

Memandangkan video tersebut dilablekna sebagai pra-lihat pertama, maka mungkin kita akan dapat melihat pelbagai video-video lain yang memberikan idea menyeluruh terhadap Photoshop CS6 dari semasa ke semasa. Sama-sama kita nantikan perkembangannya kelak.


TIPS & ULASAN