Command & Conquer Dibangunkan Dalam Bentuk HTML5 Oleh Pembangun Bebas

Command & Conquer Dibangunkan Dalam Bentuk HTML5 Oleh Pembangun Bebas

Diterbitkan pada Jan 29, 2012 oleh .

Command & Conquer merupakan salah satu permainan popular bergenre strategi, membolehkan anda mengawal tentera anda, dan menyerang kumpulan-kumpulan lain. Menariknya, selain daripada versi rasmi yang dikeluarkan oleh EA Games, kini salah seorang pembangun bebas membangunkan permainan tersebut dalam bentuk HTML5, membolehkan anda memainkannya terus melalui pelayar web.

Ianya hanya dibangunkan sebagai sebuah demo ringkas, membolehkan sesiapa sahaja memainkan permainan tersebut tanpa memerlukan pendaftaran dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, melalui demo ringkas yang disediakan, ia hanya membawakan permainan yang ringkas sahaja, dan hanya menyokong penuh pelayar web Firefox dan Google Chrome. Melalui percubaan ringkas kami, permainan tersebut bergerak lancar tanpa sebarang masalah, dan turut disertakan dengan bunyi yang selari dengan permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencuba permainan Command & Conquer dalam bentuk HTML5, dan memberikan maklumbalas anda mengenainya.


TIPS & ULASAN