Firefox Bakal Memperkenalkan Halaman Tab Baru Seawal April Atau Mei

Firefox Bakal Memperkenalkan Halaman Tab Baru Seawal April Atau Mei

Diterbitkan pada Jan 29, 2012 oleh .

Salah satu perkara yang dinantikan pada Firefox sejak daripada tahun lepas adalah halaman tab yang serba baru dan diberikan nafas baru. Kini, ia kelihatan halaman tab baru diperlihatkan pada beberapa versi pembangunan baru, dan mungkin ianya akan muncul pada pelayar web Firefox versi stabil seawal Firefox 12 atau Firefox 13.

Melalui rekabentuk baru, ia bakal membawakan antaramuka halaman tab baru yang menyerupai lebih kurang seperti pada Opera dan juga Chrome, membolehkan para pengguna Firefox mengakses laman-laman kegemaran mereka serta-merta selepas membuka pelayar web mereka.

Bagi yang ingin mengujinya, boleh memuat-turun Firefox UX Nightly hari ini, dan mencubanya, sebelum dapat menggunakannya pada versi stabil Firefox 12 atau Friefox 13 kelak yang disasarkan sekitar April atau Mei kelak.


TIPS & ULASAN