Kemaskini Nokia Belle Akan Diperkenalkan Kepada Semua Bermula 8 Februari

Kemaskini Nokia Belle Akan Diperkenalkan Kepada Semua Bermula 8 Februari

Diterbitkan pada Jan 29, 2012 oleh .

Bulan Februari merupakan salah satu bulan yang penting untuk Nokia, dimana selain daripada Mobile World Congress, dan juga pengenalan Nokia Lumia di Malaysia, mereka juga bakal memperkenalkan kemaskini Nokia Belle kepada peranti Symbian sedia ada.

Melalui laman Nokia Vietnam, mereka telah pun mengeluarkan notis untuk kemaskini tersebut, namun masih tiada kemaskini pada laman Nokia Malaysia. Antara peranti yang bakal menerima kemaskini Belle, adalah termasuk Nokia N8, E7, X7, E6, dan juga C6-01.

Jadi, bagi para pengguna peranti tersebut, tandakan kalendar anda untuk kemaskin Nokia Belle pada 8 Februari ini nanti.


TIPS & ULASAN