#Tips : Uruskan Tugas Berkumpulan Dengan Efektif Melalui Trello

#Tips : Uruskan Tugas Berkumpulan Dengan Efektif Melalui Trello

Diterbitkan pada Jan 30, 2012 oleh .

Salah satu aplikasi yang kami gemarkan untuk membuat tugasan berkumpulan adalah Google Wave. Dan memandangkan Google Wave kini hanya dalam mod pembacaan sahaja, tanpa boleh menggunakannya, sebagai alternatif, kini kami jatuh cinta dengan salah satu aplikasi berasaskan web, dinamakan sebagai Trello.

Melalui Trello, ia menggunakan pendaftaran dengan mudah, dimana para pengguna boleh melalui proses pendaftaran seperti biasa, ataupun mendaftarkan diri dengan pantas menggunakan akaun Google.

Sebaik sahaja log masuk, para pengguna diberikan fokus kepada fungsi Add Board, dimana disana, anda boleh menambah kumpulan fokus ataupun organisasi. Sebagai contoh, mungkin untuk tujuan pembelajaran anda mempunyai beberapa kumpulan berbeza berdasarkan setiap subjek. Perkara sama juga untuk organisasi yang dibahagikan kepada beberapa bahagian berbeza. Jadi anda boleh labelkannya kepada setiap Board berbeza dan menguruskannya melalui sana.

Melalui setiap Board, para pengguna boleh menambah Card yang berbentuk tugasan, dan melaluinya, anda boleh menambah ahli pasukan yang bertanggungjawab untuk setiap satu, dan menguruskannya dengan senang. Anda juga boleh menambah tarikh bila ianya perlu disiapkan dan sebagainya.

Sebaik sahaja sesuatu tugasan itu diambil-alih oleh seseorang, mereka boleh mengubah statusnya kepada “Doing”, dan sebaik sahaja selesai, ia boleh diubah kepada Done.

Secara ringkasnya, ia membawakan kebanyakkan perkara yang diperlukan dalam pengurusan sesuatu projek atau tugas, disamping membolehkan anda berinteraksi dan melaksanakan sesuatu tugasan berkumpulan itu dengan lebih efektif.

Jadi, bagi anda yang ingin menggunakannya, boleh ke halaman Trello. Salah satu aplikasi alternatif yang menyediakan fungsi serupa adalah termasuk Wunderlist.


TIPS & ULASAN