Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?

Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?

Diterbitkan pada Jan 30, 2012 oleh .

Berita MegaUpload terus memeriahkan industri teknologi pada minggu ini, apabila kini, laman yang telah dihalang aksesnya di Malaysia sejak daripada tahun lepas, telah dipadam terus dari arena internet, dan melalui laporan terkini, ia diperkatakan fail-fail yang terdapat pada laman tersebut akan dipadam terus dalam beberapa hari lagi.

Walaupun MegaUpload diperkatakan mengedarkan fail-fail berhak-cipta, dan menjejaskan industri muzik dan perfileman, perkhidmatan tersebut juga turut sama digunakan ramai dalam urusan harian mereka, untuk berkongsi fail-fail pejabat bersama yang lain, disamping membolehkan para pengguna menghantar fail-fail besar kepada rakan mereka yang lain.

Namun, amat mendukacitakan, selepas ianya dipadam tanpa sebarang notis daripada pihak berkuasa, kini ia diperkatakan fail-fail yang dihoskan akan dipadam dalam beberapa hari lagi. Perkara ini adalah oleh kerana MegaUpload tidak mampu untuk membayar bil untuk pelayan yang mengehoskan fail-fail tersebut, oleh kerana akaun mereka telah dibekukan.

Memandangkan MegaUpload merupakan salah satu penyedia perkongsian fail yang terbesar didunia, maka bilangan server yang disewa mungkin berkuantiti besar, yang memakan kos yang tinggi. Perkara ini mungkin tidak menyedapkan hati penyedia apabila MegaUpload tidak mampu bayar, apatah lagi masa depannya masih tidak menentu lagi.

Jadi adakah ianya akan dipadam secara keseluruhan dalam masa beberapa hari lagi, sekaligus memadam kebanyakkan data-data milik penggunanya? Adakah pihak berkuasa di Amerika Syarikat akan bertanggungjawab atas perkara ini?

Tips awal daripada Farid dan Affan.


TIPS & ULASAN