Carian
Samsung Galaxy S Advance Dilancarkan – Bakal Dijual Bermula Bulan Februari
January 30, 2012 Aman

Samsung terus menambah tawaran peranti Android mereka, dimana terkini mereka memperkenalkan kemaskini kepada keluarga Galaxy S, dengan melancarkan Samsung Galaxy S Advance secara rasminya pada hari ini, dan akan boleh didapati secara berperingkat bermula daripada bulan Februari ini. Harga jualan tempatan masih tidak diketahui buat masa ini.

Melalui Samsung Galaxy S Advance, ia terus membawakan beberapa kemaskini spesifikasi pada peranti Android tersebut, dengan membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.0GHz, 768MB RAM, skrin sentuh 4-inci Super AMOLED, dan juga kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel. Namun, ia tidak didatangkan bersama Android 4.0, sebaliknya menggunakan Android Gingerbread dengan antaramuka TouchWiz. Ia juga turut sama menyertakan sokongan Find My Mobile, membolehkan para pengguna mengetahui dimanakah lokasi telefon pintar mereka itu, apabila ianya hilang tanpa sengaja.

Jadi, adakah ianya bakal menjadi peranti pintar pilihan akan datang anda?

Komen