Office 15 Memulakan Ujian Technical Preview – Versi Beta Terbuka Bakal Menyusul

Office 15 Memulakan Ujian Technical Preview – Versi Beta Terbuka Bakal Menyusul

Diterbitkan pada Jan 31, 2012 oleh .

Tahun ini merupakan salah satu tahun yang bakal membawakan perubahan drastik terhadap imej Microsoft, dimana selain daripada pemasaran yang hebat dilakukan untuk Windows Phone, serta pembangunan Windows 8 yang menghampiri penamat, mereka juga turut sama bakal memperkenalkan Office 15 dalam bentuk beta terbuka tidak lama lagi.

Microsoft pada minggu ini telah pun mula berkongsi Office 15 dalam bentuk Technical Preview kepada beberapa kumpulan terpilih. Namun seperti biasa ia didatangkan bersama-sama dengan NDA, memperlihatkan ianya masih lagi dalam ujian tertutup, dan Microsoft hanya ingin mendapatkan maklumbalas awal, sebelum ianya diperkenalkan secara terbuka kepada pengguna lain.

Namun, memandangkan ianya dunia internet yang terbuka, mungkin kita dapat melihat beberapa versi Office 15 tersebar di laman-laman perkongsian dan torrent, sekaligus memberikan idea awal mengenainya tidak lama lagi.

Office 15 bakal membawakan perubahan drastik terhadap aplikasi pengurusan dokumen daripada Microsoft itu, menyertakan antaramuka Metro, dan beberapa aplikasi tambahan bersama-sama dengannya.

Menurut Microsoft, mereka akan memulakan ujian beta terbuka untuk Office 15 tidak lama lagi pada tahun ini. Sama-sama kita nantikannya kelak.

Sumber paparan antaramuka daripada Windows8Italia.


TIPS & ULASAN