Google+ terus digunakan secara meluas oleh pihak Google, dimana sekiranya sebelum ini mereka hanya sekadar mengadakan beberapa Hangout bersama artis, dan juga ahli politik, kini Google turut sama menawarkan kelas bantuan berkaitan dengan pembangunan Android melalui Hangout, yang diadakan setiap hari Khamis pukul 6 pagi.
Melalui apa yang ditawarkan oleh pihak Google, mereka menyediakan platform soal-jawab sebarang perkara berkaitan dengan pembangunan aplikasi Android, sekaligus membolehkan mereka mendekati para pembangun seluruh dunia, pada kos yang amat rendah.
Para pembangun yang mempunyai soalan dan sebagainya juga boleh mengajukan soalan kepada mereka melalui platform yang disediakan mahupun melalui Stack Overflow, dan ia akan dijawab oleh mereka melaluinya.
Jadi, bagi anda yang ingin menyertainya, boleh tandakan kalendar anda untuk setiap hari Khamis, pada pukul 6 pagi.