Timeline Movie Maker Membolehkan Anda Membuat Video Menggunakan Data Dari Facebook Timeline

Timeline Movie Maker Membolehkan Anda Membuat Video Menggunakan Data Dari Facebook Timeline

Diterbitkan pada Jan 31, 2012 oleh .

Timeline merupakan salah satu fungsi yang tidak digemari oleh beberapa pengguna, namun fungsi-fungsi yang diperkenalkan, melibatkannya amat menarik sekali. Selepas sokongan OpenGraph yang membolehkan pelbagai aktiviti di web seperti membaca, mendengar lagu dan sebagainya diintegrasikan bersama, kini sebuah pembangun bebas, bekerjasama bersama pihak Facebook, membolehkan video Timeline seseorang pengguna dibina dengan mudah.

Melalui perkhidmatan yang dinamakan sebagai Timeline Movie Maker, para pengguna hanya perlu log masuk ke laman tersebut menggunakan sokongan Facebook Connect, dan seterusnya ia mengambil sedikit masa untuk perkhidmatan tersebut menarik pelbagai data dan info seseorang pengguna itu daripada laman Facebook.

Sebaik sahaja selesai, ia akan memperlihatkan video Timeline anda, dan seterusnya anda boleh melakukan beberapa perubahan. Akhirnya, para pengguna boleh berkongsi video tersebut dengan rakan-rakan anda di Facebook dan membolehkan mereka yang lain menontonnya.

Namun sesuatu yang mendukacitakan memandangkan pengguna tidak boleh memuat-turun video tersebut ataupun berkongsinya pada YouTube dan sebagainya. Walaubagaimanapun, bagi anda yang berminat, anda boleh mencuba Timeline Movie Maker pada hari ini.


TIPS & ULASAN