Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, kini ianya sah yang mana peranti Windows Phone daripada Nokia akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada 10 Februari kelak. Dua peranti yang bakal dilancarkan bersama-sama pada 10 Februari kelak adalah Nokia Lumia 800 dan juga Nokia Lumia 710.
Kedua-dua peranti ini bakal menjadi peranti pertama Nokia yang menggunakan sistem operasi Windows Phone, yang memasuki pasaran Malaysia. Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui samada adakah Windows Phone Marketplace bakal dilancarkan bersama-sama dengan sokongan untuk Malaysia pada tarikh tersebut, atau sebelum itu.
Harga jualan kedua-dua peranti ini juga masih tidak diketahui lagi. Bagi mereka yang berminat, anda boleh ke Nokia Store berdekatan, dan mengujinya hari ini.