Lanjutan daripada berita semalam berkaitan dengan keadaan semasa fail-fail di MegaUpload, kini ia diketahui data-data dan fail-fail di laman perkongsian MegaUpload akan selamat untuk sekurang-kurangnya dua minggu lagi, dan kini ramai berharap agar laman tersebut dapat dikembalikan untuk beroperasi seperti biasa dalam tempoh tersebut.
Carpathia and Cogent agreed to preserve consumer data for additional time of at least two weeks so #Megaupload can work with US on proposal
— Ira Rothken (@rothken) January 30, 2012
Selain daripada menyelamatkan data-data milik pengguna, dengan tempoh tersebut juga, mungkin pihak MegaUpload akan dapat bersedia dengan informasi dan bukti-bukti yang diperlukan untuk berlawan di mahkamah kelak.
Walaubagaimanapun, masa depan MegaUpload masih lagi menjadi tanda tanya buat masa ini. Adakah ianya akan kembali beroperasi seperti biasa selepas ini ataupun sebaliknya?