Cari @ Amanz

Dengan beberapa berita berkenaan dengan Firefox 13 kedengaran, kini nampaknya, pembangunan untuk Firefox 10 telah pun berakhir, dan sedia untuk dimuat-turun oleh semua bermula hari ini daripada pelayan rasmi mereka, sekaligus membawakan beberapa penambahan dari segi prestasi dan sebagainya kepada pelayar web versi stabil terbaru dari Mozilla itu.

Firefox 10 akan disokong untuk suatu tempoh yang lama, berbeza dengan versi lain, dan melalui Firefox 10 ia membawakan sokongan kepada semua add-ons , berbeza dengan versi-versi sebelum ini. Pengumuman rasmi berkaitan dengan pelayar web versi ini bakal diumumkan oleh Mozilla dalam waktu terdekat ini.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 10 secara terus daripada pelayan FTP Mozilla, sementara menantikan pengumuman rasmi berkaitan dengannya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd