Carian
Google Mula Memperkenalkan Perkhidmatan Blogger Mengikut Negara
February 1, 2012 Aman

Dalam usaha membawakan perkhidmatan berasaskan negara, selain daripada YouTube, perkara sama juga mula kelihatan untuk perkhidmatan blog percuma daripada Google, iaitu Blogspot. Namun, seperti biasa, kedua-dua perkhidmatan ini masih belum diaktifkan untuk para pengguna tempatan lagi buat masa ini.

Ia dilaporkan yang mana para pengguna di India kini akan dibawa terus ke alamat BlogSpot.IN apabila melayari laman-laman yang menggunakan BlogSpot.com daripada negara tersebut. Namun, penggunaan nama subdomain adalah masih kekal sama, tanpa sebarang perubahan. Ini mungkin salah satu usaha untuk memperkenalkan kandungan dengan lebih pantas kepada pengguna tempatan mereka. Sebagai contoh, BlogSerius (salah satu laman popular tempatan), boleh diakses melalui BlogSerius.blogspot.com dan juga BlogSerius.blogspot.in.

Namun, masih tiada sokongan tersebut untuk domain tempatan, iaitu COM.MY. Nama domain Blogspot.MY sendiri dipegang oleh pengguna lain, berbeza dengan YouTube.COM.MY yang telah diambil-alih oleh Google. Mungkin kita akan dapat melihat laman YouTube Malaysia dilancarkan tidak lama lagi dengan fokus tempatan, dan masih terdapat beberapa kemungkinan untuk laman BlogSpot turut menerima ciri-ciri serupa.

Komen