Muat-Turun Pelbagai Tema, Nada Dering Dan Sebagainya Melalui Mobile9 Untuk Android

Muat-Turun Pelbagai Tema, Nada Dering Dan Sebagainya Melalui Mobile9 Untuk Android

Diterbitkan pada Feb 1, 2012 oleh .

Salah satu lokasi yang sering dituju oleh pengemar perkara berkaitan telefon mudah-alih, seperti nada dering, gambar, tema, ebook dan sebagainya, adalah laman Mobile9. Dan dalam usaha untuk terus menjadikan perkhidmatan mereka digemari ramai, ia kelihatan, pihak Mobile9 telah pun melancarkan aplikasi mudah-alih Android mereka secara percuma dan boleh dimuat-turun oleh semua.

Melaluinya, ia membolehkan para pengguna Android, dengan mudah memuat-turun pelbagai perkara tambahan untuk telefon mudah-alih mereka, dan menjadikannya lebih menarik lagi. Para pengguna boleh memuat-turun tema, wallpaper, nada dering, ebook, aplikasi dan sebagainya terus daripada aplikasi tersebut secara percuma.

Dan menariknya lagi, tiada sebarang pendaftaran diperlukan, dimana anda boleh serta-merta menggunakannya sebaik sahaja selepas memuat-turun aplikasi tersebut.

Jadi, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Mobile9 hari ini daripada Android Market, dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN