Firefox 10 Membawakan Sokongan Tambahan Untuk Pembangun Web

Firefox 10 Membawakan Sokongan Tambahan Untuk Pembangun Web

Diterbitkan pada Feb 1, 2012 oleh .

Setelah beberapa jam Firefox 10 dimuat-naik pada pelayan FTP Mozilla, kini pihak pembangunnya, Mozilla sendiri telah mengeluarkan pengumuman rasmi, sekaligus memperlihatkan beberapa perkara baru yang dibawakan bersama pada pelayar web generasi terbaru daripada Mozilla, iaitu Firefox 10.

Salah satu perkara utama yang difokuskan oleh Mozilla pada Firefox 10 adalah aplikasi khas untuk pembangun web, dimana ia menyertakan aplikasi dan beberapa fungsi khas untuk membolehkan para pembangun web melihat, dan mengemaskini web mereka dalam masa-nyata. Para pembangun web kini boleh melihat kepada struktur sesuatu web itu dan membuat perubahan terus melalui Page Inspector, dan melihat kesannya dalam bentuk masa-nyata.

Pada masa yang sama, bagi para pembangun, anda juga boleh menggunakan API khas untuk paparan skrin penuh, sekaligus memberikan impak yang lebih menyeluruh kepada aplikasi web anda.

Selain daripada fokus kepada pembangun, Firefox 10 juga turut membawakan beberapa perubahan, termasuk butang kehadapan (Forward) yang disembunyikan, dan pada masa yang sama, kini kebanyakkan add-on disokong pada pelayar web versi terkini, berbeza dengan sebelum-sebelum ini.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 10 yang akan disokong untuk suatu tempoh yang lama ini, pada platform Windows, Mac dan juga Linux, dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN