AMD Mengemaskini Keluarga Kad Grafik – Melancarkan Radeon HD 7950

AMD Mengemaskini Keluarga Kad Grafik – Melancarkan Radeon HD 7950

Diterbitkan pada Feb 1, 2012 oleh .

Dengan dunia yang menggunakan spesifikasi grafik semakin meningkat dari hari ke hari, syarikat-syarikat pengeluar kad grafik terus memperkenalkan pelbagai perkara baru, dan terkini, AMD (Advanced Micro Devices) telah pun mengemaskini keluarga kad grafik siri 7000 mereka, dengan memperkenalkan Radeon HD 7950.

Melalui Radeon HD 7950, ia didatangkan bersama-sama dengan GPU yang menggunakan nama kod Tahiti (sama seperti pada Radeon HD 7970) beroperasi pada 800MHz, 3GB GDDR5 VRAM memori, dan mempunyai kelajuan sehingga 5GHz. Kad grafik tersebut turut didatangkan dengan dua output untuk paparan, iaitu sambungan DVI dan juga HDMI seperti biasa. AMD Radeon 7950 turut dibangunkan berdasarkan teknologi pemprosesan 28nm.

Harga jualan tempatan untuk kad grafik ini masih tidak diketahui, dan mungkin kita akan dapat melihatnya di pasaran tidak lama lagi, sekaligus terus menginovasikan dan membawakan paparan grafik tinggi untuk permainan, pengendalian grafik dan penggunaan komputer harian anda.


TIPS & ULASAN