Cari @ Amanz

Bagi para peminat permainan yang dibangunkan pembangun bebas, semestinya anda ketahui akan berkenaan dengan Humble Bundle. Kini, ianya kembali sekali lagi, membawakan empat permainan baru, dan menariknya, selain daripada sokongan untuk Windows, Linux dan Mac, ia turut membawakan sokongan untuk platform Android.

Melalui tawaran terbaru yang ia membawakan sebanyak 4 permainan bebas DRM, iaitu EDGE, Osmos, Anomally dan World of Goo. Seperti biasa, para pengguna boleh memilih amaun yang mereka ingin sumbangkan, dimana melalui sumbangan tersebut, anda turut sama membantu badan kebajikan melaluinya.

Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak lebih daripada 40,000 kali pakej Humble Bundle terbaru ini telah terjual, dan masih mempunyai sebanyak 13 hari lagi, sebelum ianya ditamatkan.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh mendapatkan permainan bebas DRM yang dibangunkan pembangun bebas ini untuk platform Windows, Mac, Linux dan juga Android hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd