Cari @ Amanz

Microsoft boleh diperkatakan agak ketinggalan apabila diperkatakan berkenaan dengan teknologi pelayar web, dimana pembangunan pelbagai perkara baru didapati melalui Chrome, Firefox dan Opera terlebih dahulu. Namun, mereka masih mengejarnya, dan pelayar web versi baru yang sedang dibangunkan oleh Microsoft adalah Internet Explorer 10.

Melalui IE10 Metro, Microsoft memfokuskan kepada web bebas plugin. Ini adalah kerana dalam mereka memfokuskan kepada penggunaan tenaga (bateri) dan juga keselamatan, sekuriti dan juga privasi pengguna. Namun begitu, menurut Microsoft hari ini, sekiranya para pembangun web masih ingin meneruskan sokongan plugin pada laman mereka, mereka perlu menyertakan sebuah meta-tag khas pada web mereka untuk difahami oleh IE10 Metro.

Dengan para pembangun pelayar web yang kini lebih memfokuskan kepada HTML5 dan yang seangkatan dengannya, mungkinkah kelak kita akan dapat melihat web bebas daripada plugin tambahan seperti Flash daripada Adobe, mahupun Silverlight daripada pihak Microsoft sendiri pada suatu hari nanti?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd