Gambar Pertama Peranti BlackBerry 10 Mula Kelihatan Di Arena Internet

Gambar Pertama Peranti BlackBerry 10 Mula Kelihatan Di Arena Internet

Diterbitkan pada Feb 1, 2012 oleh .

Tahun 2012 adalah salah satu tahun utama untuk Research In Motion, dimana mereka perlu membuktikan diri mereka kembali dalam arena industri telefon pintar. Dan untuk menjayakannya, BlackBerry 10 diberikan fokus utama. Selepas beberapa jadual pembangunan mula tersebar, kini imej pertama peranti BlackBerry 10 telah pun mula keihatan, iaitu BlackBerry London.

Sebelum ini, pada tahun lepas, rekabentuk BlackBerry London telah pun mula kelihatan. Namun, ia lebih kepada rekabentuk berbentuk Porsche yang diperkenalkan pada beberapa keluarga peranti BlackBerry. Namun, melalui gambar terkini yang kelihatan, ia memperlihatkan rekabentuk berwarna hitam, yang lebih kurang menyerupai kepada BlackBerry PlayBook.

Ia turut diperkatakan, yang mana peranti ini akan membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, dan menjadi antara peranti pertama menggunakan BlackBerry 10. Tarikh pelancaran pasti masih lagi tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN