Cari @ Amanz

Nikon memulakan bulan Februari 2012 ini dengan memperkenalkan beberapa kamera baru dibawah keluarga Coolpix, yang mana akan mula dijual di pasaran global dalam masa terdekat ini. Antara kamera kompak yang mendapat perhatian dalam pelancaran Nikon adalah termasuk Coolpix P310, L810, P510 dan juga beberapa keluarga siri-S yang baru.

Melalui Coolpix P310 ia membawakan kamera kompak 16.1-megapixel dengan sokongan ISO sehingga 3200, dan juga aperture f/1.8. Ia turut didatangkan dengan skrin sebesar 3-inci, membolehkan anda melihat rakaman gambar anda, serta turut menyokong rakaman video HD dalam bentuk 1080p pada 30fps. Melalui Nikon Coolpix P310 ini, para jurugambar boleh merakamkan gambar dengan cahaya yang rendah tanpa sebarang masalah.

Bagi P510 pula ia turut sama membawakan lensa 16.1-megapixel dengan sokongan zoom optikal sehingga 42x. Ia turut disertakan bersama aperture f/1.8, skrin LCD seluas 3-inci, dan juga sokongan rakaman video sehingga 1080p.

Pada masa yang sama, beberapa kamera siri-S baru diperkenalkan, menjadikannya antara kamera kompak yang nipis dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja tanpa sebarang masalah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd