Adakah Facebook Bakal Memperbanyakkan Iklan Pada Halaman Timeline?

Adakah Facebook Bakal Memperbanyakkan Iklan Pada Halaman Timeline?

Diterbitkan pada Feb 1, 2012 oleh .

Dalam filem The Social Network, salah satu faktor yang dikatakan oleh watak Zuckerberg sebagai faktor kelebihan Facebook adalah iklan padanya. Namun kini, dengan IPO yang semakin hampir, Facebook mula memfokuskan kepada Timeline, dimana iklan padanya kelihatan semakin bertambah dari hari ke hari, dan mengambil beberapa lokasi utama pada laman tersebut.

Sebelum ini sendiri, Facebook telah mengumumkan akan membawakan sokongan kemaskini status berbayar, dimana iklan tersebut akan diperlihatkan pada halaman News Feed utama, semaksima sekali sehari, bergantung kepada pengiklan dan faktor geolokasi.

Dengan pengenalan iklan sedemikian, ia boleh diperkatakan mungkin Facebook akan menguji iklan pada bahagian Timeline tidak lama lagi dengan lebih drastik. Buat masa ini, kebanyakkan iklan masih lagi memfokuskan kepada bahagian tepi laman.

Berbeza dengan Twitter, walaupun mereka menguji iklan dibahagian Timeline mereka, ia tidak menganggu para pengguna, memandangkan kemaskini pada garis masa di Twitter bergerak pantas, berbeza dengan pada Facebook. Dan pada laman sosial milik Google, iaitu Google+, iklan masih belum kelihatan. Namun, memandangkan Google adalah syarikat pengiklan terbesar di arena internet, mungkin ia tidak mengambil masa yang lama untuk ianya tiba di laman sosial tersebut, tetapi bagaimana ia akan dioptimasikan adalah salah satu jawapan yang dinantikan ramai.

Gambar daripada RotiKaya.


TIPS & ULASAN