(Konsep) Rekabentuk Yang Lebih Kemas Untuk Aplikasi iPhone Untuk Maybank2U

(Konsep) Rekabentuk Yang Lebih Kemas Untuk Aplikasi iPhone Untuk Maybank2U

Diterbitkan pada Feb 2, 2012 oleh .

Ia boleh diperkatakan rekabentuk antaramuka untuk aplikasi Maybank2U bagi pengguna iPhone adalah sedikit mendukacitakan, dan memerlukan pembaikkan dalam memudahkan pengguna menggunakannya. Dan untuk mengatasi perkara ini, salah seorang pembangun tempatan, hadir dengan sebuah rekabentuk konsep khas, yang serba ringkas dan menarik, disamping memfokuskan kepada penggunaan dua warna utama, iaitu hitam dan juga kuning.

Melalui rekabentuk baru ini, ia mengabungkan beberapa elemen pada halaman utama, selain turut menyertakan penjenamaan Maybank pada aplikasi tersebut (sesuatu yang tiada pada aplikasi sekarang ini). Pada masa yang sama, menu navigasi, dan bagaimana ianya dipaparkan juga kelihatan menarik sekali, selain beberapa perkara diberikan perhatian, seperti butang log keluar dan sebagainya.

Jadi, bagi pengguna Maybank diluar sana, adakah anda gemarkan rekabentuk konsep ini, ataupun lebih gemarkan rekabentuk sedia ada untuk aplikasi iPhone Maybank2U.


TIPS & ULASAN