Cari @ Amanz

Dengan perkara berkaitan laman perkongsian yang hangat dibincangkan akhir-akhir ini, hari ini, The Pirate Bay telah pun beralih daripada nama domain .ORG yang tertakluk dibawah undang-undang Amerika Syarikat, kepada nama domain .SE di bawah Sweden, sekaligus mengelakkan daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat mengambil-alih nama domain tersebut.

Sebelum ini, pada tahun 2010 yang lepas, ia dilaporkan The Pirate Bay dan juga MegaUpload menjadi sasaran pihak berkuasa, dan kini dengan MegaUpload yang telah menerima nasib negatif, kini semua memfokuskan kepada The Pirate Bay.

Untuk tahun 2012 ini, menurut Pirate Bay, ia akan menjadi tahun ke-9 ianya beroperasi, dan melalui keputusan mahkamah, tiga daripada orang kuat disebalik laman tersebut telah pun dijatuhkan hukuman penjara. Namun memandangkan mereka tidak lagi menetap di Sweden, maka tidak tertakluk kepada keputusan mahkamah tersebut.

Pada masa yang sama, mungkinkah kita akan terus melihat lebih banyak laman beralih daripada nama domain .com, .net, dan .org yang jatuh dibawah undang-undang Amerika Syarikat, kepada nama domain alternatif mengikut negara yang lain?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd