Carian
Facebook Mempunyai 845 Juta Pengguna Aktif, Menjana $3.7 Billion Sepanjang 2011
February 2, 2012 Aman

Berita berkenaan dengan IPO daripada pihak Facebook hari ini menjadi berita utama seluruh dunia, dimana dengan memfailkan sebagai syarikat awam, beberapa data menarik berkenaan dengan laman sosial terkemuka itu dikongsikan bersama pengguna seluruh dunia.

Laman sosial terkemuka itu, kini mempunyai seramai 845 juta pengguna aktif, yang mana melalui aktiviti harian mereka, menjana lebih daripada 2.7 billion Likes dan komen untuk setiap hari. Melalui Facebook Photos, sebanyak 250 juta gambar dimuat-naik setiap hari, dan sebanyak 100 billion hubungan rakan dan sahabat telah sedia ada dikalangan pengguna tersebut seluruh dunia. Pada bulan Disember yang lepas, mereka mempunyai seramai 483 juta pengguna harian. Dan dari segi pengguna yang mengakses melalui peranti mudah-alih, angka tersebut menunjukkan sekitar 425 juta pengguna aktif bulanan.

Dari segi pendapatan pula, Facebook menjana sebanyak $3.7 billion sepanjang tahun lepas, 2011, dimana $1 billion daripadanya adalah pendapatan bersih. Kebanyakkan pendapatan untuk laman tersebut dijana melalui pengiklanan, iaitu sebanyak 85% daripadanya, manakala 12% daripada permainan Zynga.

Komen