Google+ Kini Mempunyai Lebih Daripada 100 Juta Akaun Berdaftar

Google+ Kini Mempunyai Lebih Daripada 100 Juta Akaun Berdaftar

Diterbitkan pada Feb 2, 2012 oleh .

Walaupun Google+ masih tidak digunakan secara aktif dan popular dikalangan pengguna seluruh dunia, angka pengguna yang berdaftar untuk perkhidmatan tersebut semakin hari semakin bertambah, dimana melalui laporan terkini, ia diperkatakan Google+ mempunyai lebih daripada 100 juta akaun berdaftar.

Google sendiri sebelum ini, ketika mengeluarkan laporan kewangan tahunan mereka, mengatakan Google+ telah melangkaui lebih daripada 90 juta pengguna seluruh dunia, dan angka tersebut bertambah setiap hari. Apatah lagi, baru-baru ini mereka turut membuka pendaftaran untuk para pengguna berumur 13 tahun dan ke atas, berbeza dengan sebelum ini yang memerlukan pengguna berumur lebih 18 tahun.

Menurut laporan daripada pengkaji pihak ketiga, sekiranya ia berterusan, mungkin Google+ akan berakhir dengan lebih kurang 400 juta pengguna pada akhir tahun ini.

Namun persoalannya, adakah ianya aktif digunakan oleh semua?


TIPS & ULASAN