Cari @ Amanz

Jikalau di Singapura, beberapa pembeli pertama untuk peranti Nokia Lumia menerima konsol Xbox secara percuma, di Malaysia promosi berbeza pula disediakan. Nokia melalui laman Facebook mereka telah pun mengumumkan yang mana lebih 100 pembeli peranti Nokia Lumia bakal menerima beberapa barangan tambahan secara percuma.

Antara perkara yang akan dibawa pulang bersama oleh 100 pembeli pertama Nokia Lumia adalah termasuk Nokia Purity Stereo Headset (Monster), Microsoft Arc Touch Mouse dan beberapa barangan Nokia, yang mana semuanya berharga lebih RM1000.

Dan pada masa yang sama, bagi mereka yang membeli dari Nokia Store, mereka akan menerima Nokia Purity Stereo Headset (Monster WH 920), Microsoft Office Home & Student 2010, dan juga Microsoft Wireless Mouse 400, bernilai lebih RM687.

Menurut MalaysianWireless, peranti Nokia Lumia 800 akan dijual pada harga RM1650, manakala Nokia Lumia 710 bakal mula dijual pada harga RM999. Mungkin pihak Nokia Malaysia akan mengeluarkan pengesahan harga jualan ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd