Carian
ChurpChup Mula Menggunakan Populariti 9GAG Dan Reddit Untuk Menarik Pengguna
February 2, 2012 Aman

Tidak diketahui sejak bila, tetapi kini kelihatan laman utama ChurpChurp telah diubah, membawakan konsep lebih kurang sama seperti 9GAG, membolehkan para pengguna berkongsi gambar, artikel dan video terus melalui laman tersebut, dan undian dilakukan menggunakan butang Facebook Like dan juga Twitter.

ChurpChurp sebelum ini merupakan salah satu laman pengiklanan sosial, membayar para pengguna untuk melakukan Tweet dan berkongsi pautan melalui beberapa medium. Dan kini, dengan populariti laman perkongsian sosial seperti 9GAG dan juga Reddit mula meningkat dikalangan pengguna tempatan, ChurpChurp turut sama mengintegrasikan fungsi seumpamanya melalui laman mereka.

Walaubagaimanapun, angka perkongsian yang kelihatan pada laman tersebut masih lagi pada angka yang rendah, berbeza dengan laman-laman yang lain.

Pada masa yang sama, ia juga kelihatan ChurpChurp turut sama telah memperluaskan perkhidmatan mereka ke beberapa negara yang lain, termasuk Singapura, Filipina dan juga Australia.

Tips daripada Nizam.

Komen