Mol Global Bakal Menjana Lebih RM1.5 Billion Hasil IPO Facebook Pada Tahun Ini

Mol Global Bakal Menjana Lebih RM1.5 Billion Hasil IPO Facebook Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 2, 2012 oleh .

Ketika MOL membeli Friendster pada penghujung tahun 2009, ramai yang tidak memahami apa yang dilakukan oleh MOL. Namun setelah beberapa bulan selepas itu, MOL menjual hak paten tersebut kepada Facebook, dan jualan dilakukan dalam bentuk saham. Dan kini, setelah lebih daripada 2 tahun, nampaknya MOL bakal memperolehi pulangan dalam berkali ganda apabila Facebook kini memfailkan untuk IPO.

Kini, dengan Facebook yang memfailkan syarikat mereka kepada IPO, ia disasarkan MOL Global yang memegang hampir 1 peratus daripada saham Facebook, bakal memperolehi sebanyak lebih kurang RM1.52 billion. Perkara ini sekaligus memberikan pulangan berkali ganda kepada pemilik MOL Global, dan mungkin mereka akan lebih aktif melabur dalam dunia ICT selepas ini.

Facebook pada pagi ini telah pun memfailkan syarikat mereka untuk dijadikan sebagai syarikat awam, sekaligus memperlihatkan beberapa data menarik, dimana mereka telah menjana lebih kurang $3.75 billion pada tahun lepas. Di Malaysia, Facebook mempunyai lebih daripada 12 juta pengguna, dan juga sebuah pejabat tempatan, hasil daripada pengambil-alihan syarikat Octazen pada bulan Februari 2010.


TIPS & ULASAN