Facebook Turut Memperkenalkan Sokongan Cover Photo Pada Groups

Facebook Turut Memperkenalkan Sokongan Cover Photo Pada Groups

Diterbitkan pada Feb 2, 2012 oleh .

Paparan gambar besar pada halaman profil di Facebook Timeline nampaknya akan turut diperkenalkan pada pelbagai bahagian lain di Facebook, dimana mereka kini telah pun mula memperkenalkan sokongan gambar (cover photo) pada Facebook Groups, sekaligus memberikan identiti yang lebih berkesan pada sesuatu Groups itu.

Sama seperti pada halaman profil, pentadbir pada laman Facebook Groups boleh memilih gambar yang mereka berkenan, sekaligus memuat-naik gambar untuk kumpulan mereka.

Buat masa ini, ia kelihatan perkara ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin sokongan Cover Photo untuk Facebook Group ini akan diperkenalkan secara meluas dalam beberapa hari lagi.

Dengan pengenalannya pada Facebook Groups, mungkin ia tidak akan mengambil masa yang lama, sebelum diperkenalkan pada Facebook Pages dan sebagainya.

Terima kasih Faiz.


TIPS & ULASAN