Peranti Samsung Yang Bakal Diumumkan Pada MWC 2012 Mula Kelihatan

Peranti Samsung Yang Bakal Diumumkan Pada MWC 2012 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Feb 3, 2012 oleh .

Bulan Februari semestinya salah satu bulan untuk pecinta peranti mudah-alih, terutamanya tablet dan juga telefon pintar, dimana pada bulan ini acara tahunan Mobile World Congress bakal diadakan. Dan semestinya sepanjang bulan ini, pelbagai ura-ura dan juga berita berkaitan dengan peranti-peranti yang bakal dilancarkan kedengaran.

Dan untuk memulakannya, kini sebuah gambar peranti baru daripada Samsung telah pun mula kelihatan, dimana melalui apa yang diperlihatkan, ia membawakan rekabentuk butang yang baru, memperlihatkan menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Ia masih tidak diketahui apakah nama peranti tersebut. Sebelum ini, ia telah dilaporkan yang mana pengumuman berkaitan Samsung Galaxy S3 mungkin tidak berlaku pada acara MWC, sebaliknya akan diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi.

Jadi, apakah peranti baru yang diperlihatkan ini? Adakah kemaskini kepada keluarga Samsung Galaxy S2 ataupun keluarga baru dibawah peranti Android keluaran Samsung?


TIPS & ULASAN