Carian
Nokia, Samsung Dan Apple Kini Merupakan Tiga Pengeluar Telefon Bimbit Utama Dunia
February 3, 2012 Aman

Dengan semua pengeluar peranti mengeluarkan data berkenaan jualan dan prestasi syarikat mereka pada suku tahun keempat tahun lepas, kini ia kelihatan, Nokia masih mengungguli jualan telefon mudah-alih seluruh dunia dengan jualan sepanjang tahun mencecah 417.1 juta peranti. Diikuti dibelakang adalah Samsung dengan 329 juta jualan peranti sepanjang 2011.

Dan apa yang mengejutkan, kini Apple mendahului LG, mengambil kedudukan ke tiga, manakala LG menduduki tangga keempat. Syarikat pengeluar peranti dari China, iaitu ZTE menduduki tangga ke-lima dengan jualan sebanyak 66.1 juta peranti dan memegang sebanyak 4.3% pasaran dunia. Walaupun semua syarikat memperlihatkan peningkatan sepanjang tahun, LG Electronics dan juga Nokia memperlihatkan sedikit penurunan.

Pada penghujung bulan ini juga, bakal diadakan adalah Mobile World Congress, yang mana akan memperlihatkan pelbagai nama besar memperkenalkan beberapa peranti mereka untuk tahun ini.

Adakah Samsung bakal memberikan saingan hebat kepada Nokia pada tahun ini, dan adakah Nokia akan berjaya dengan jualan peranti Windows Phone mereka sepanjang tahun ini kelak?

Komen