Cari @ Amanz

Akhirnya, aplikasi Waze 3.0 untuk Android telah pun dilancarkan, membawakan rekabentuk antaramuka yang serba-baru, membolehkan para pengguna menggunakannya dengan lebih mudah untuk bernavigasi dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pada masa yang sama, ia juga turut sama membawakan beberapa integrasi laman sosial yang lain, seperti FourSquare dan lain-lain, membolehkan anda mengakses dan mengemaskininya dengan mudah.

Bagi yang tidak ketahui akan aplikasi Waze, ia membolehkan para pengguna berkongsi data traffik di jalan raya dengan mudah bersama rakan-rakan yang lain, sekaligus memudahkan anda merancang perjalanan ke sesuatu lokasi dengan lebih efisyen lagi.

Melalui versi Waze 3.0 juga, ia turut menyertakan sokongan teks ke suara untuk pengguna global, berbeza dengan sebelum ini yang hanya memfokuskan kepada pengguna Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Waze 3.0 untuk Android terus melalui Android Market. Waze 3.0 juga turut sama telah diperkenalkan untuk pengguna iPhone sebelum ini, disamping pengguna BlackBerry, Nokia dan lain-lain turut boleh mendapatkan aplikasi khas untuk platform mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd