Seperti bulan-bulan lepas, Google telah pun mengeluarkan kemaskini penggunaan versi Android, dan seperti biasa, ia masih didahului dengan Android Gingerbread yang meliputi 58.1% peranti Android seluruh dunia, dan pada masa yang sama, peranti-peranti yang menggunakan Ice Cream Sandwich memperlihatkan peningkatan, dan telah pun mencecah 1% daripada peranti Android seluruh dunia.
Daripada jadual yang dikeluarkan, ia juga turut sama memperlihatkan penggunaan tablet Honeycomb turut sama meningkat, dan juga perkara sama berlaku terhadap peranti Gingerbread. Penggunaan versi lain terus memperlihatkan penurunan, manakala penggunaan versi Android 1.5 Cupcake kekal tanpa perubahan.
Dan, pada bulan Februari ini, dijangka lebih banyak peranti Ice Cream Sandwich akan dilancarkan, dan kemaskini turut diperkenalkan secara berperingkat kepada peranti sedia ada. Mungkin kita akan dapat melihat penggunaan peranti angka versi 4.0 Ice Cream Sandwich akan meningkat dengan drastik pada suku tahun kedua tahun ini kelak.