Photoshop CS6 Bakal Membawakan Sokongan Simpanan Secara Automatik Pada Latar

Photoshop CS6 Bakal Membawakan Sokongan Simpanan Secara Automatik Pada Latar

Diterbitkan pada Feb 3, 2012 oleh .

Setelah memperlihatkan video pertama untuk promosi Photoshop CS6 pada awal minggu ini, kini Adobe turut sama memuat-naik video kedua, yang mana melaluinya, Adobe memfokuskan kepada fungsi menyimpan hasil kerja secara automatik pada latar. Ia juga turut memperlihatkan sokongan prestasi yang lebih dipertingkatkan.

Melalui video yang diperlihatkan, Adobe memulakan dengan sokongan menyimpang secara latar (Background Save), yang mana membolehkan para pengguna Adobe Photoshop menyimpan fail secara automatik ketika anda sedang melakukan perubahan atau sedang melakukan pengeditan pada sesuatu fail.

Pada masa yang sama, Adobe juga turut sama mempertingkatkan sokongan Liquify pada Photoshop CS6, membolehkan anda membuat lebih banyak perkara, dan menggunakannya pada masa-nyata tanpa sebarang masalah.

Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak video daripada Adobe selepas ini, memperlihatkan sedikit demi sedikit fungsi pada Photoshop CS6.


TIPS & ULASAN