DiGi Mensasarkan Sesuatu Yang Istimewa Berkaitan Dengan Android Pada 3 Mac

DiGi Mensasarkan Sesuatu Yang Istimewa Berkaitan Dengan Android Pada 3 Mac

Diterbitkan pada Feb 3, 2012 oleh .

DiGi sebelum ini menjadi yang terawal menawarkan peranti Android 4.0 Ice Cream Sandwich bersama Samsung dan Google melalui Galaxy Nexus, kini mereka mensasarkan sesuatu yang istimewa kepada para pengguna dan peminat Android, dan bakal menganjurkan sesuatu yang khas pada 3 Mac akan datang ini.

Buat masa ini, informasi berkaitan dengan perkara ini masih lagi samar-samar, dan menurut pihak DiGi, mereka bakal menawarkan lebih banyak perkara berkaitan dengan Android pada hari tersebut, membolehkan para peminat dan pencinta Android mempelajari dengan lebih mendalam berkenaan dengan peranti Android, dan platform tersebut sekali.

Mungkin juga kita akan dapat melihat beberapa promosi berkaitan dengan peranti Android daripada DiGi pada hari tersebut.

Kemaskini : Ia diketahui DiGi bakal mengadakan acara khas ini pada 3 Mac, berkongsi pelbagai perkara berkaitan dengan Ice Cream Sandwich dan juga rangkaian DiGi yang sedang dalam proses naik-taraf.


TIPS & ULASAN