Cari @ Amanz

Facebook TImeline kini telah pun dibuka kepada umum, dan pihak Facebook sendiri telah memaklumkan yang mana mereka akan mula memperkenalkan kemaskini profil kepada Timeline dalam masa beberapa minggu lagi kepada semua. Dan kini, sokongan Facebook Timeline turut sama diperkenalkan pada aplikasi Android, membolehkan sesiapa yang telah mengaktifkannya, mengakses melalui telefon pintar Android.

Pada masa yang sama, melalui kemaskini aplikasi Facebook yang terkini, ia juga membolehkan para pengguna bernavigasi antara Groups, Pages dan lain-lain dengan lebih pantas, selain turut membolehkan anda bermain permainan dan menggunakan Facebook Apps pada peranti anda.

Kemaskini Facebook untuk Android juga turut membawakan sokongan tag pada gambar, membolehkan anda melihat gambar-gambar rakan anda bersama-sama dengan tag, dan mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.

Jadi, bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Facebook untuk Android terus melalui Android Market, dan mula menggunakan semua fungsi yang didatangkan bersama-sama dengannya, dan sentiasa mengikuti kemaskini rakan-rakan anda dengan senang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd