Carian
Social Media Week 2012 Bakal Memperlihatkan Lebih 15 Startup Bertanding
February 3, 2012 Aman

Selain daripada anugerah khas untuk mengiktiraf para pengguna media sosial, pada acara tahunan yang julung kali diadakan itu, ia juga tuurt sama bakal menyertakan sebuah acara khas, dinamakan sebagai Launchpad, yang bakal memperlihatkan lebih 15 syarikat baru berasaskan IT dan media sosial bertanding.

Melalui acara yang diadakan tersebut, sebanyak 3 syarikat akan membawa pulang anugerah khas, sekaligus membolehkan mereka mendapat liputan yang tinggi daripada para hadirin untuk acara tersebut. Namun, apa yang menariknya, sebanyak 15 startup yang bertanding, kesemuanya akan boleh memperlihatkan produk mereka kepada umum selama 3 hari, dari 13 Februari hingga 15 Februari, sebelum melancarkannya kepada umum pada 16 Februari kelak.

Jadi, bagi anda pemilik startup, ataupun bercadang untuk melancarkan startup anda pada acara tersebut, mungkin boleh mengambil peluang, dengan mendaftarkan diri hari ini dan menggunakannya dalam mendapatkan lebih banyak liputan secara meluas untuk produk anda.

Jangan lupa Undi Amanz Network pada anugerah Blog Gajet, dan Blog Inovasi terbaik.

Komen