Carian
Microsoft Mengumumkan Sokongan Windows Phone Marketplace Di Malaysia Secara Rasminya
February 4, 2012 Aman

Hari ini, Microsoft akhirnya telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan pelancaran Windows Phone Marketplace untuk pasaran tempatan, dimana bersama-sama dengan Malaysia, empat lagi negara lain turut menerimanya, membolehkan para pengguna membeli aplikasi Windows Phone dengan pantas, dan tidak lagi ketinggalan seperti sebelum ini.

Antara negara lain yang turut menerima kemaskini adalah Argentina, Indonesia, Peru dan juga Fillipina. Namun, untuk menggunakannya, para pengguna Windows Phone perlu menggunakan versi terkini, iaitu Windows Phone 7.5.

Ia sebelum ini telah dilaporkan Maxis telah pun menjadi yang terawal untuk memperkenalkan sokongan pembayaran melalui talian untuk pengguna Windows Phone, dan diikuti oleh Celcom yang turut mengumumkan akan memperkenalkan sokongan sama.

Nokia Malaysia pula bakal melancarkan peranti Nokia Lumia pada Jumaat akan datang, 10 Februari, dan tentunya sokongan Marketplace ini bakal membolehkan mereka menjual peranti mereka dengan lebih mudah lagi.

Komen