Mozilla Sedang Membangunkan Sistem Notifikasi Untuk Pelayar Web Firefox

Mozilla Sedang Membangunkan Sistem Notifikasi Untuk Pelayar Web Firefox

Diterbitkan pada Feb 4, 2012 oleh .

Sistem notifikasi merupakan salah satu perkara popular pada platform mudah-alih, membolehkan para pengguna mengetahui pelbagai perkara baru seperti kemaskini semasa dan sebagainya dalam bentuk masa-nyata. Dan kini kelihatan, ianya turut sama akan dipopularkan oleh pelayar web, dimana kini Mozilla telah pun memperkenalkan sokongan terhadapnya melalui pelayar web mereka.

Bertambah menariknya adalah dimana Firefox juga kelak akan membolehkan para pengguna mendapatkan notifikasi walaupun mereka tidak melawat sesuatu web itu, sekaligus merapatkan lagi jurang diantara web dan juga aplikasi mudah-alih.

Ia mungkin lagi masih pada peringkat awal pembangunan. Namun, Mozilla telah pun menyediakan beberapa cara untuk mengintegrasikan sokongan notifikasi pada web-web. Masih tiada sebarang jadual pelancaran dan sebagainya buat masa sekaran ini.


TIPS & ULASAN