Facebook sering kali menguji pelbagai perkara baru pada laman mereka dalam memastikan laman sosial terkemuka dunia itu terus mendapat perhatian ramai serta aktif digunakan. Kini, pada minggu ini, ia kelihatan Facebook sedang menguji paparan gambar menggunakan lightbox yang baru, menyerupai apa yang diimplementasikan oleh Google pada Google+.
Untuk makluman, lebih daripada 250 juta gambar dimuat-naik setiap hari ke Facebook, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu laman perkongsian gambar utama di dunia. Dan ianya merupakan salah satu usaha penting untuk memperkenalkan pelbagai perkara baru padanya, dalam membolehkan pengguna terus gembira menggunakan perkhidmatan mereka.
Melalui rekabentuk baru ini, ia membawakan warna latar gelap, memberikan impak yang lebih baik kepada paparan gambar, selain komen yang diperlihatkan pada bahagian kanan laman.
Selain untuk pengguna, perkara ini juga menguntungkan pihak Facebook sendiri, dimana mereka terus mengintegrasikan iklan pada bahagian tepi lama tersebut, membolehkan mereka menjana lebih banyak pendapatan melalui perkhidmatan tersebut.