Carian
BitTorrent Menguji Aplikasi Penyiaran Melalui P2P – BitTorrent Live
February 4, 2012 Aman

Dengan internet yang semakin hari menjadi salah satu medium komunikasi utama, lebih ramai menggunakannya dalam membawakan siaran langsung terus melaluinya menggunakan pelbagai platform sedia ada. Dan turut sama memasuki arena penyiaran langsung melalui internet adalah BitTorrent, melalui aplikasi mereka yang dinamakan sebagai BitTorrent Live.

Seperti produk BitTorrent lain, ia turut sama menggunakan sokongan P2P dalam menjayakan penyiaran di seluruh arena internet, sekaligus membolehkan pelbagai pengguna, mahupun organisasi menggunakan platform dan klien mereka dalam menguruskan penyiaran langsung, selain turut menjimatkan kos operasi mereka.

Buat masa ini, produk BitTorrent Live ini masih lagi pada peringkat beta, dan versi akhirnya kelak bakal menyusul dalam beberapa bulan lagi. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mengujinya pada platform Windows, Mac mahupun Linux, dan memberikan maklumbalas anda berkenaan dengannya.

Komen