Carian
P1 Mensasarkan Lebih 500,000 Orang Pelanggan Menjelang Penghujung Tahun 2012
February 4, 2012 Aman

Setiap perkhidmatan semestinya mensasarkan untuk terus meningkat maju, dan begitu juga dengan P1 yang mensasarkan beberapa perkara baru sepanjang tahun ini. Salah satu yang dinantikan ramai adalah apakah tawaran pihak P1 untuk jalur-lebar berkelajuan tinggi yang bakal dilancarkan pada suku tahun pertama dengan hasil kerjasama pihak TM.

Ia sekaligus akan menjadikan P1 yang selama ini hanya menyediakan perkhidmatan tanpa wayar, untuk turut sama menyediakan perkhidmatan berwayar. Dengan dunia yang inginkan talian internet yang lebih pantas, mungkin perkara ini akan memberikan nilai tambah kepada P1, tetapi pada masa yang sama mungkin ramai mempersoalkan kempen pertama mereka sebelum ini yang menggunakan kata kunci “Potong”.

Pada masa yang sama, P1 juga turut sama terus memperluaskan perkhidmatan sedia ada mereka, dengan mengatakan mereka telah meliputi sebanyak 50% populasi negara. Mereka juga bakal memulakan ujian LTE sepanjang tahun ini, membawakan sambungan internet yang lebih pantas kepada para pengguna mereka.

Berkaitan sasaran pelanggan berdaftar, P1 ingin mempertingkatkan bilangan angka pengguna mereka kepada 500,000 orang pelanggan sepanjang tahun ini. Pada suku tahun ketiga 2011, bilangan pengguna berdaftar P1 adalah sekitar 356,000 orang pelanggan.

Komen