Galaxy Tab 7.7 Di Malaysia Dalam Masa Kurang 2 Minggu Lagi

Galaxy Tab 7.7 Di Malaysia Dalam Masa Kurang 2 Minggu Lagi

Diterbitkan pada Feb 4, 2012 oleh .

Galaxy Tab 7.7 merupakan salah satu tablet keluaran Samsung yang dinantikan oleh para pengguna tempatan sejak daripada bulan lepas lagi. Pada bulan Disember yang lepas, Samsung Malaysia melalui laman Facebook mengatakan mereka akan melancarkannya pada Januari 2012. Namun, setelah tanpa berita sejak daripada itu, kini melalui laman Facebook, Samsung Malaysia mengatakan akan melancarkannya dalam tempoh kurang dua minggu lagi.

Melalui Galaxy Tab 7.7 ia membawakan skrin bersaiz Super AMOLED Plus 7.7-inci beresolusi 1280×800 pixel, menggunakan cip pemprosesan 1.4GHz, dan memori sebanyak 1GB RAM. Ia juga turut dilengkapi dengan kamera belakang 3-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel. Menariknya, ia juga turut didatangkan dengan sokongan panggilan suara padanya.

Buat masa ini, harga jualan dan tarikh pasti pelancaran Galaxy Tab 7.7 masih tidak diketahui. Namun, mungkin kita akan ketahuinya dalam tempoh terdekat. Sama-sama kita nantikan apakah tawaran pihak Samsung Malaysia untuknya dalam tempoh kurang 2 minggu lagi.


TIPS & ULASAN