Cari @ Amanz

Symbian merupakan salah satu platform yang lama telah berada di pasaran peranti mudah-alih, dan masih lagi aktif sehingga ke hari ini. Namun, walaupun sebelum ini Nokia sendiri pernah mengatakan mereka akan menyokong platform tersebut, sekurang-kurangnya sehingga ke tahun 2016, menurut laporan terbaru, ia diperkatakan, peranti baru yang menggunakannya mungkin tidak lagi akan diperkenalkan, kecuali hanya satu model sahaja.

Ia diperkatakan, buat masa ini, Nokia dalam perancangan untuk memperkenalkan kemaskini untuk keluarga Nokia N8, yang mendapat perhatian ramai pengguna, dan masih terjual sehingga ke hari ini. Selain daripada model tersebut, seperti tiada sebarang perancangan untuk peranti baru keluarga Symbian buat masa ini.

Namun, menurut The Register, Nokia akan terus mengeluarkan kemaskini untuk peranti sedia ada, termasuk kemaskini Nokia Belle yang bakal dilancarkan kepada umum dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi tidak disahkan oleh Nokia buat masa ini. Sebelum ini, seperti sedia maklum, Nokia seperti lebih memfokuskan kepada peranti keluarga Nokia Lumia, selain baru-baru ini menjenamakan Symbian kepada Nokia. Dan juga tidak dilupakan adalah dimana Nokia pernah mengatakan akan mengeluarkan lebih kurang 10 peranti Symbian baru bermula daripada Jun lepas, namun hanya mengeluarkan beberapa peranti baru sahaja ketika pelancaran Nokia Belle.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd