Laman Carian Bing Mula Mempromosikan Windows 8 Consumer Preview

Laman Carian Bing Mula Mempromosikan Windows 8 Consumer Preview

Diterbitkan pada Feb 5, 2012 oleh .

Bing mungkin bukan salah satu enjin carian yang popular di Malaysia, namun Microsoft tidak membiarkannya begitu sahaja. Selain daripada menjana carian pada Yahoo!, kini Microsoft turut menggunakan Bing untuk memperlihatkan Windows 8 Beta yang bakal dilancarkan pada bulan ini. Selain hanya enjin carian, mereka turut menyediakan beberapa info berkaitan dengan Windows 8 terus melalui laman Bing.

Melalui animasi ikan laga yang sebelum ini digunakan pada Windows 7 Beta, kini ianya diperlihatkan pada laman Bing, dengan apabila kita meletakkan tetikus diatasnya, beberapa info berkaitan dengan Windows 8 diperlihatkan, termasuk Internet Explorer 10, sokongan perkomputeran awan, dan juga menjenamakan Windows 8 Beta sebagai Windows 8 Consumer Preview.

Namun tiada sebarang tarikh pasti diberikan oleh Microsoft buat masa ini. Tetapi apa yang diketahui adalah Microsoft akan memperkenalkan Windows 8 Consumer Preview ini kepada umum pada bulan ini, yang bakal membawakan pelbagai perkara baru, termasuk sokongan Windows Store.


TIPS & ULASAN