Firefox 11 Beta Membawakan Sokongan Kepada Teknologi SPDY

Firefox 11 Beta Membawakan Sokongan Kepada Teknologi SPDY

Diterbitkan pada Feb 5, 2012 oleh .

Selepas pelancaran Firefox 10 tempoh hari yang membawakan sokongan jangka masa panjang, serta beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, kini Mozilla telah pun memulakan fokus kepada Firefox 11 yang mana bakal dilancarkan dalam tempoh kurang 6 minggu lagi. Salah satu sokongan yang bakal didatangkan bersama Firefox 11 adalah SPDY, salah satu teknologi HTTP yang dibangunkan oleh Google.

Kebanyakkan laman milik Google telah pun mula menyokongnya, termasuk beberapa laman terkemuka di internet, yang mana membawakan kepada peningkatan prestasi laman web dengan mengoptimasikan HTTP, sekaligus membolehkan sesuatu laman itu dibuka dengan lebih pantas lagi berbanding biasa.

Bagi yang tidak ketahui akan teknologi SPDY, ia memfokuskan kepada membolehkan membuka kandungan sesuatu laman web dengan menggunakan sambungan TCP yang sedikit. SPDY telah pun dibangunkan untuk beberapa tahun, dimana Google Chrome telah menyokongnya sehingga ke hari ini, dan dengan Firefox turut sama menyokongnya, mungkin lebih banyak pelayar turut sama akan menyokongnya.

Buat masa ini, versi pembangunan Firefox 11 telah pun menyertakan sokongan SPDY, tetapi tidak diaktfikan secara asas. Namun para pengguna yang ingin menggunakannya, boleh mengaktifkannya melalui about:config pada pelayar web mereka.


TIPS & ULASAN