Salah satu perkara popular pada Windows dari dulu sehingga ke hari ini adalah butang Start padanya, yang membolehkan para pengguna mengakses pelbagai perkara dengan mudah melaluinya. Namun, melalui versi pembangunan Windows 8 Consumer Preview, ia kelihatan butang tersebut seperti disembunyikan daripada taskbar, berbeza dengan sebelum ini.
Walaubagaimanapun, ia diperkatakan apabila para pengguna menyentuh atau membawa tetikus kepada penjuru bawah kiri, ianya muncul, dan membolehkan para pengguna mengakses pelbagai aplikasi melaluinya. Melaluinya, ia mungkin membolehkan Microsoft meminta pengguna memfokuskan kepada penggunaan taskbar, sekaligus membolehkan mereka pin akan laman web, aplikasi dan sebagainya pada taskbar.
Sokongan pin telah pun diperkenalkan sejak daripada sebelum ini, namun tidak popular digunakan. Namun, melalui Windows 8 sendiri, Microsoft bakal membawakan pelbagai sokongan termasuk perubahan besar dari segi antaramuka, iaitu penggunaan antaramuka Metro.
Microsoft sendiri disasarkan bakal melancarkan Windows 8 Beta yang dikenali sebagai Consumer Preview pada bulan ini, mungkin dalam beberapa minggu lagi, membolehkan para pengguna mendapat pengalaman penggunaan Windows 8 terlebih dahulu sebelum ianya dilancarkan pada penghujung tahun ini.